Saturday, March 6, 2010

Bersamamu

Dalam berjuta,
Kenapa kau kutemui,
Aku sayangi,
Aku cintai.

Dalam hidupku ini,
Kesabaranku,
Keimananku,
Diuji...
Dengan mu.

Betapa manisnya,
Hidup ini, jika dari mula,
Tiada tanda nokhtahnya...
Kita bersama,
Tanpa onarnya.

Alangkah bahagianya aku,
Jika kau memberi cinta,
Memberi kasih
Tanpa tanda putus mengalir airnya.

Sunday, February 28, 2010

Kebahagiaan Ku







Bila kau senyum,
Terpancar berseri,
Menghibur hati,
Diriku ini yang selalu nyeri.

Terpanggil aku,
Mendengar suara mu,
Berbisik manja.
Meminta diriba,
Mengilangkan lelah ku jua.

Terhibur aku,
Melihat kau riang gembira,
Tak mengenal masa,
Bersama dengan mu ,
Aku bahagia...

Terima kasih,

Kurnia Mu,

Sungguh indah,

Sungguh sempurna.



Untuk anak-anak mama
28/2/2010

Thursday, May 21, 2009

ANDAINYA MANUSIA BOLEH BERUBAH-UBAH

Andainya manusia boleh berubah-ubah,
Ingin aku menjadi cahaya,
Menerangi setiap ceruk,
Menyusup setiap pelusuk,
Agar menerangi dirimu yang suram.

Andainya manusia boleh berubah-ubah,
Ingin aku menjadi angin,
Lembut membawa bayu,
Mengusap dirimu,
Mendinginkan hati yang sayu,
Membisikkan khabar rinduku.

Namun aku disini,
Persis lemah jua,
Walau berjuta doa ku pinta,
Zahirnya,
Gerunku pada yang Esa,
Terserlah berkaca.

3.15pm
19/10/95

Bila Musafir Lalu

Musafir Berpesan,
Jika hati sudah terpaut,
Usah diurai kisah yang lalu,
Jangan sekali melutut,
Pada hasutan godaan nafsu.

Maka:
Bila musafir berlalu pergi,
Membawa bersama khabar berita,
Sudah pasti ada balasannya nanti,
Di dunia akhirat kita merasa.

Jadi:
Jangan dimanja hati yang sepi,
Jangan bersedih berduka lara,
Berdoa tawakal sebagai nadi,
Hati yang tenang,
Jiwa yang selamat.

4/10/1995

Pengenalan

Untuk pengetahuan pembaca, koleksi puisi yang di paparkan selepas ini, adalah puisi-puisi yang saya tulis pada tahun 1995-1997. Mungkin tidak sehebat punulis puisi yang terkenal. Cuma mahukan agar nukilan saya tidak hilang ditelan waktu. Ini kerana buku asal puisi ini juga sudah dimakan usia.

Sesuatu perlu dilakukan.